Semakin hari, semakin gemar dengan minum kopi o bertemankan keindahan suasana pemandangan flora dan fauna. Tetapi lama kelamaan, mengapa tidak manis? Patutlah yang masuk selama ini bukannya gula tetapi kisah kita.
Jika kamu pergi disebabkan kelemahan diri ini, mengapa kamu pergi mencari kelemahan itu semula ? adakah pilihan tersebut ingin menutup hati yang sunyi dan sepi ? Diri ini telah melepaskan semua kebencian dan kedukaan atas perlakuanmu yang dahulu.
Luah satu sifat yang berani, namun keputusannya datang dalam keadaan baik atau buruk. Mendiamkan diri akan merugikan namun tidak menyakitkan hati sendiri dan orang lain.
Kita sentiasa berasa bimbang kerana dosa yang dilakukakan selama ini masih belum diampunkan Allah SWT. Dosa akan membuatkan rezeki kita sempit. Semakin banyak dosa, semakin berat rezeki dan masalah menimpa.
Sejak akhir-akhir ini terfikir. Apakah mereka lakukan di sana tanpa aku ? adakah dalam keadaan gembira atau sedih atau kedua-duanya. Mahu tetapi berat untuk bertanya hal-hal berikut.
Setiap khalifah di bumi ini pasti sahaja mengimpikan keindahan pada waktu kini dan pada waktu akan datang. Tidak salah hanya berangan semata-mata. Tetapi perlu pasang niat dan melakukan sebaik mungkin.
Hidup dalam kemewahan tidak semestinya bahagia. Cukuplah bersederhana dalam hidup. Nescaya hidup akan menjadi lebih ceria dan tidak mengalami sebarang penderitaan. Walaupun hanya seketika, bagiku sungguh bermakna.